Iklan ~


Anak Wayang vs Akademi Fantasia..

Date : 01 Jun 2009
Jam : 9.30 malam
TV : Astro Ria


Semalam kite baru berkesempatan tengok program terbaru astro ria bertajuk Anak Wayang..sebelum ni memang perasan preview program ni coz dah lame dah ditayangkan iklannya dalam TV..So serba sedikit info pasal Program Anak Wayang adalah seperti berikut :

  • berkonsepkan - program realiti TV ( Astro Ria ) dan sebuah drama bersiri ( Astro Prima ) yang akan berlangsung serentak selama 10 minggu..
  • Para peserta seramai 25 peserta akan dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan akan bersaing untuk memegang salah satu watak yang terdiri daripada jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha. Mereka yang layak untuk watak masing-masing akan berlakon dalam drama bersiri 50 episod berjudul Kecuali Cintamu yang akan ditayangkan di Astro Prima.
  • Setiap Jumaat, menerusi Pentas Anak Wayang di Astro Ria, anda akan dapat melihat setiap kumpulan dengan 5 peserta itu bersaing untuk merebut watak masing-masing dan kemudian berpeluang berlakon dalam siri Kecuali Cintamu di Astro Prima yang mula ditayangkan sekarang (Isnin - Jumaat).
  • Setiap minggu peserta tersebut akan menerima didikan dalam dunia lakonan, bagaimanapun hanya dua peserta diberi peluang untuk mara berdasarkan prestasi yang dinilai juri.
  • Dari minggu ke-7 hingga ke-10, pencarian Anak Wayang beralih ke fasa baru apabila lima pemenang bagi setiap watak bertarung dalam drama bersiri itu.
  • Lima calon memegang lima watak yang ditawarkan itu perlu mengekalkan mutu lakonan terbaik mereka dalam drama bersiri itu
  • Watak yang gagal meraih undian tertinggi akan dimatikan seterusnya memberi pilihan kepada penonton untuk menobatkan seorang pemenang sebagai Anak Wayang menerusi undian SMS.
  • Saingan Anak Wayang akan bermula pada 5 Jun 2009 (Jururawat), 12 Jun 2009 (Mekanik), 19 Jun 2009 (Pengurus Acara), 26 Jun 2009 (Konco Samseng) serta 3 Julai 2009 (Pembantu Peribadi).
Akan dihoskan oleh :

Fazura - Astro Ria
( Isnin - Rabu jam 9.30 malam )
( Sesi Anak Wayang - diari dan perkembangan peserta )

Rusdi Ramli - Astro Ria
( Jumaat - 9.30 malam )
( Pentas Anak Wayang - pertandingan )


Senarai Tenaga Pengajar Program Anak Wayang

" Marlia Musa "
( bertindak selaku guru lakonan iaitu membimbing calon-calon dalam melakonkan watak-watak yang akan diberikan. )

" Che' Kem "
( memainkan peranan selaku guru skrip dan analisa. )

" Fauziah Nawi "
( memainkan peranan sebagai guru lakonan dan vokal )

" Hamzah Tahir "
( diberi kepercayaan untuk membimbing pelajar-pelajar dari sudut gerak tubuh. )

  • Berikut adalah nama peserta dan watak saingan mereka:
JURURAWAT
1. Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) - Kuala Lumpur, 18 tahun - Pelajar
2. Norria 'Adelina Abdullah (DELINA) - Kedah, 22 tahun - Pegawai Khidmat Pelanggan
3. Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) - Johor, 20 tahun - Pelajar
4. Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA) - Pulau Pinang, 23 tahun - Pelajar
5. Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA) - Pahang, 26 tahun - Pekerja Restoran

MEKANIK

1.Afzan A Rahman (AFZAN) - Pahang, 27 tahun - Pelakon Baru
2.Amar Mohd Baharin (AMAR) - Kuala Lumpur, 24 tahun - Model Sambilan
3.Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL) - Pulau Pinang - 21 tahun - Pelakon Baru
4.Mazlan Mokhtar (LAN) - Pahang, 26 tahun - Berkerja Sendiri
5.Lokman Sokran (LOKMAN) - Johor, 34 tahun, Eksekutif Pemasaran

PENGURUS ACARA

1. Faizatul Akmal Abdullah (EIZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar
2. Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ) - Kedah, 22 tahun - Pelajar
3. Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) - Kedah, 21 tahun - Pelajar
4. Maisarah Sojangi (MAI) - Selangor, 19 tahun - Pelajar
5. Meoki Tong May Lan (MEOKI) - Pulau Pinang, 30 tahun - Pengusaha Meoki Academy
KONCO SAMSENG
1. Hafiz Halim (HAFIZ) - Selangor, 21 tahun - Pelajar
2. Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA) - Johor, 24 tahun - Juruteknik
3. Rosli Mohd Nor (MURSHED) - Pulau Pinang, 34 tahun - Pengurus Kafe
4. Afian Giman (YANZ) - Johor, 31 tahun - Berniaga
5. Yufazli Yusof (YUZZ) - Perak, 26 tahun - Jurulatih Sambilan

PEMBANTU PERIBADI
1. Noor Arlinda Lajis (ALYNN) - Johor, 23 tahun - Penyanyi
2. Nur Amirah Mohd Kamil (MIA) - Kelantan, 19 tahun- Pelajar & Pelakon Sambilan
3. Nurin Aziyana Jamali (NURIN) - Johor, 21 tahun - Pelajar
4. Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) - Pulau Pinang, 22 tahun - Pelajar
5. Ooi Nor Wen (RUBY) - Perlis, 22 tahun - Pelakon Baru

Setakat ni kite cam kurang faham konsep sebenar program ni coz mengikut apa yang kite baca dari www.murai .com.my, kenyataanya adalah seperti ini :

" Pihak Astro akan menggabungkan ramai pelakon-pelakon terkenal untuk membintangi drama bersiri Kecuali Cintamu bersiri 50 episod yang akan turut dilakonkan oleh pemenang mingguan program Anak Wayang kelak. Antara mereka ialah Nanu Baharudin, Haleeda, Tasya Aziz, Mustapha Kamal, Janet Khoo, Aman Shah, Riz Ainuddin, Sabrina Hassan, Liza Abdullah, Pushpa Narayan, Ezani Nizariff dan Ainul Aishah. Drama ini akan bersiaran lebih awal di Astro Prima sebelum pertandingan Pentas Anak Wayang bermula di Astro Ria bagi mencari bakat-bakat peserta untuk berlakon dalam episod-episod seterusnya "

So macam Akademi Fantasia musim pertama dulu gak la, kite pun memula tak faham gak apa konsep yang cuba di war2kan oleh pihak astro, so sama gak ngan program Anak Wayang ni..mmg xdapat nak bayangkan full programnye macam mana..tapi biler kite tgk diari citer ni smlam, first impression yang sama dengan Akademi Fantasia ialah :
  • View suasana dalam akademi Anak Wayang sama ngan Akademi Fantasia termasukla tempat menari, melepak yang dikelilingi oleh kamera..
  • Ada kamera yang melihat aksi mereka - siap pelajar2 bagi nama kat kamera tue n borak2 lagi dengan kamera tersebut..
  • Sesi berkumpul n perjumpaan dengan tenaga pengajar..
  • Diari setiap malam n dihoskan oleh pengacaranya macam aksi Sarimah dalam Diari AF setiap malam.
Apa yang membezakan dengan Akademi Fantasia ialah :
  • AF lebih kepada nyanyian tapi Anak Wayang lebih kepada lakonan..
  • Dalam AW hanya ada 5 pelajar je dalam diari akademi AW ( ni konsep yg kite xphm..pelajar lain g mane?? )
  • 5 pelajar akan diberi tugasan yg sama..contohnya sebagai jururawat tapi scrip n situation yang berlainan..
  • Perkataan popular dalam AW ialah "script" dan bukannya seperti "lyric" dalam AF..
Hehe..tue pandangan kite la sebab ni kan blog kite..so pasni kite akan cube mem'follow'kan diri kite mengikuti program ni setiap malam...:p..jom layannnnn...

2 comments:

Liyana Lunia said...

ola ;) bila ynn bc entry AW dkt belog ni br faham sket, tp kecuali cintamu tu mcm x berape best je =.=

sueanne said...

tul tue..smalam de gak kite tertengok citer kecuali cintamu tue..cam xmenarik je..lagi best layan de dolce amira..:p