
First time tgk cter ni masa episod ke2 dah..memula tengok cam bosan n slow motion jer ..tp makin lama mkin suka lak siap ktee download dari tv3.com.my tiap2 miggu lagi tue..bila every weekend jer mesti lepak umah tgk cter ni blk smula smpai lor episod yg tbaru..mmg besttt sesgt..tp yg kelakornya pas kte suggest kt along suh tgk cter ni ( die ni bkan mamat crite melayu cz die kate cter2 melayu sume jiwang2 karat n memg tak best langsung kecuali filem yg die suke "Jangan Pandang Belakang " ), die ckp tak penah slama ni die marah klu byk iklan kuar time die tgk ape2 cter melayu slama ni..tp bila die dh fanatik ngn cter ni, mmg marah tul die ngn stiap iklan cz dh la pendek je cter te tp iklan lak mak oii melambak2..hehehe smpai begitu skali penangan cter ni kat along n yg pentingnya die xsabar2 nak tgk episod seterusnya...ktee pn sama gak xsbr nk tgk next episod cz yg best nyer cter ni ialah pelakon2nya yg kebanyakannya 100% pandai memainkan watak2 mereka n reason ke2, ialah sbb tmpt shooting utama die kt Highland Estate yang mmg scary glerrr..umah tue dh la terceruk pastu leh lak dikelilingi hutan2 yg mane jauh drpd umah org lainn..huhuhuh...berikut ialah pelakon2 yg ktee tul minat dlm cter ni :
Emelda RosmilaMarissa seorang graduan sains yg tidak percaya kepada kewujudan makluk2 halus di bumi ini..Kisah ini bermula apabila die merupakan anak angkat kepada Puan Noreen n die hanya mengetahui yg die adalah anak angkat setelah mamanya mati diganggu lembaga hitam yg menakutkan..keinginannya untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke Higland Estate n dlm masa yg sama die disangkakan Mariam yg akan mula bekerja sbgai jururawat peribadi kepada Mas Ayu..Di sini Marisa bertemu dengan pasangan adik bradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) serta mak saudara kpda dua beradik tue Mas Lela (Rose Iskandar) dan termasuk Mak Wan yang merupakan pembantu kepada penghuni rumah Higland Estate.
Mas Suri
Mas Suri yg berkebolehan dalam ilmu sihir, seorang yg nampak garang tp sebenarnye merupakan seorang yg baik hati cz nk melindungi sedara nya termasuk mas ayu n marissa dri gengaman waris..
Mas Ayu merupakan adik kepada Mas Suri, telah mghidap katatonik cz die tlh melanggar pantang larang keluarga mereka dimana mereka sbenarnya tidak boleh menjalin hubungan dengan mana2 lelaki dan oleh sbb die menjalinkan hbgn dengan waris, dia tidak dibenarkan hidup oleh Mas Suri yang mahu mengawal kuasa Waris..
Mas LelaMas Lela yg merupakan seorang yang baik hati n sayang kepada kedua2x anak buahnya..( wlaupun die bkan pelakon popular tp mmg best tgk character die dlam cter ni..pandai berkata2 n cantik macam pelakon2 zaman 60 an dulu )
Mak Wan
Mak Wan merupakan pembantu kepada penghuni Higland Estate lebih2 lagi kepada Mas Suri..dielah yg menjaga makan minum n segala hal2 dalm rumah tue termasuk memastikan yang Mas Ayu makan ubat mengikut masa yang ditetapkan..
WarisWaris telah hidup di dalam keadaan ‘limbo’ selama 100 tahun. Sebelum ni die tlh diseru oleh Mastura, keturunan Mas Suri sbelum ni n untuk memastikan hayatnya berpanjangan, Waris memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mastura secara turun tmurun. Oleh sebab itu, Mas keturunan Mas Suri cuba menghalang gangguan Waris dengan tidak membenarkan anak-anak perempuan mereka untuk berkahwin.
Rashad Rashad telah kehilangan isteri n anak kesayanganya dalam kemalangan keretan dan dari sejak itu hidupnya jadi tidak teratur..sjak kemalangan tersebut, die telah dianugerahkan untuk melihat makhluk2x halus dan ini telah mengingatkannya kepada zaman kanak2 die sblm ini. dimana atuknya juga memiliki kelebihan seperti die. Dalam permasalahannyer tuk menyuaikan diri dengan keadaan baru itu, die teringin sangat tuk berjumpa dengan atuknya tp masalahnye, dh 20 tahun die tidak bjumpa dengan atuknya tue dan tidak tahu atuknya tiingal di mana..Semasa die busy mencari atuknya, die telah menerima panggilan dari pihak polis yang mengatakan adik nya Doktor hakim telah mati dibunuh dengan kejamnya di kliniknye di Highland Estate..Kerana ingin sangat mencari pembunuh adiknya, die dengan tidak sengaja terlibat dengan Marisa n penghuni rumah Higland Estate kerana adiknya sebnarnya adalah mangsa kekejaman si waris..
xtau nama merupakan seorang pegawai polis di Higland Estate n merupakan pegawai yang menyiasat kes pembunuhan Doktor hakim, Mariam (jururawat) n pembantu Mas Suri yang telah dibunuh kejam di kawasan itu..Die semakin meragui kehadiran Marisaa ke kampung itu serta kaitan pembunuhan tersebut dengan Mas Suri..Desakan orang kampung supaya trus menangkap Mas Suri menyebabkan die bertindak kasar dengan orang kampung kerana penangkapan Mas Suri tidak boleh dilakukan sewenang2nya kerana tiada bukti secukupnya mengaitkan die dengan semua pembunuhan itu..
Cik Siti merupakan penduduk Higland Estate dan juga merupakan pembantu klinik Doktor Hakim..pembunuhan Doktor hakim membuatkannya bertambah marah dengan Mas Suri ngn keluarganya kerana kebaikan Doktor hakim tuk membantu keluarga Mas Suri telah menyebabkannya telah dibunuh dengan kejam..
xsabar nooo tggu ending cter ni..hope pasni producer2 cter hantu akan menjadikan cter ni sebagai rujukan dorang tuk wat cter2 seram sebegini rupa..citer ni mmg banyak kelebihan berbanding criter seram sebelum ni kerana faktor utamanya ialah dengan latarbelakang umah Highland Estate yg menyeramkn, pencahayaan drama yg menarik, pemilihan pelakon2 yg berkaliber, idea2x penceritaan yg menarik n yg penting skali ialah kajian yg mendalam mengenai ke'touchup'an muka pelakun2x makhluk halus yg menakutkan serta babak2x yg mmg menarik n mengejutkan skali apabila makhluk halus ni muncul dalam stiap babak mereka..mmg best sesangatttt n takde la asyik2x kalau ckp jer cter melayu, mesti jiwang2x, korporat2x nyer cter n seantero dengannya..
kalau bagi ktee kan, cter2x seram yg biasa di perkatakan n biasa di alami oleh seseorang bgus juga di dramakan or difilemkan mcm cter histeria di sek or dihostel skang ni..heheh sbb kte pun pernah melihat pengalaman kawan2 kena histeria time kt sek dulu..mmg menyeramkan n menakutkan sama sekali..:p..ermm bler dilihat dengan ke'lambak'an cter seram2 melayu seperti Saka, Susuk, Kekasihku Seru, Jangan Pandang Belakang n selainnya, bagus jugak dengan meperbanyakkan cter2x seram macam ni, coz sedikit sebanyak membuka mata n meperluaskan pemikiran kte dengan kewujudan makhluk halus di bumi ni kerana antara ciri2 org yang mukmin n bertaqwa ialah dengan mempercayai tentang adanya makhluk2 halus n kwujudan alam ghaib...:p


0 comments:
Post a Comment