Isnin 13 oktober 2008, Sepang : Kerajaan sedang mempertimbang cadangan mewujudkan laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas teruk yang sering dihadapi pengguna di Lebuh Raya Damansara Puchong, sejak sekian lama. Menteri Kerjaraya, Datuk Mohd Zin Mohamed, berkata pihaknya sudah menerima dan mengkaji kertas cadangan pembangunan laluan alternatif dikemukakan Plus Expressways Berhad (Plus). Beliau berkata, pembinaan laluan alternatif terbabit perlu berikutan kesesakan di LDP sudah mencapai tahap kritikal terutama di sekitar Plaza Tol Bandar Sunway, Puchong dan Sungai Penchala, Damansara.
"Kami banyak mendengar rintihan dan aduan daripada pengguna LDP mengenai tahap perkhidmatan yang amat tidak memuaskan, di mana kualiti perkhidmatan disediakan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan terutama di Sungai Penchala dan Bandar Sunway mencapai paras E iaitu paras paling teruk. "Pertimbangan pembinaan laluan alternatif juga dibuat berdasarkan fakta bahawa purata bilangan kenderaan yang menggunakan LDP yang kini melebihi tahap optimumnya iaitu 120,000 kenderaan sehari," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Per-wakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Sepang di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, semalam. Mengulas lanjut, Mohd Zin berkata, kertas cadangan mengenai pembinaan laluan alternatif terbabit sudah dihantar kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk penilaian.
Beliau berkata, pihaknya berharap LLM dan EPU menjalankan kajian terperinci bagi membolehkan pembinaan laluan alternatif berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin. "Kita percaya pembinaan laluan alternatif berkenaan dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada beratus ribu pemilik kenderaan yang selama ini terpaksa berdepan masalah kesesakan lalu lintas ketika menggunakan LDP," katanya.
Sumber Dari Berita Harian..
Comment : bile baca topic ni , memang tul pun ape yg di katekan dlm paper ri ni..sbb kte pn pernah alami lalu LDP higway..tak slh last week friday, kte bwk kete lalu situ..igt nak lari jammed highway NKVE dkt ngn tol kayu ara tue, so kte plan ikutla LDP sbb ade skali tue, kte ikut LDP dlm 20 mint dh sampai ofis..best2x..so ari tue, kte ikutla LDp..kuar dr rumah dlm kul 8 cmtue..jln memula clear dr sg buloh smpai la bndar sri damansara..start nk belok ke LDP tue jln dh stat jammed..maybe traffic light kut nak sdapkan ati la kunun2nyer..tp jln still xclear2 gak. slow motion je sume kete bergerakkk..tensennn nyer..mane taknyer..byk tul kete dr kepong, dr penchala nk u turn mask penchala blk n yg confermnya kete yg sealiran dgn kte dr sg buloh confem byk gak..aduyaii..dorg2 ni tak gheti2 ikut jln lain ker..sume nk nyibuk ikut sini gak..huhu..
dr sblm tol hingga slps tol kete sume still terhegeh2 lagi smpai laa ke damansara intan kt opis kte..huhuh..tgk takde mende pun yg leh wt jammed nyer..mybe byk sgt lorong exit nak kuar ke sana ke sini..yg mane nk exit ke kiri tue, dr sebelah lane kanan baru terhegeh2 nk bagi signal n brake sblm telepas lornggg..so cmner jln kete yg sblh sini nk clear coz terpaksa bagi laluan kete yg kanan nk ke kiri tue..huhuh..meluncur sana meluncur sini..tak plan awal2 nak ikut mana2 dorg nak exit..korang tau, kte smpai opis kul brape ari tue..dr kul 8 smapi la ke 935 baru jejak kaki msk opis..tensennye..nk ikutkan bknnye jauh pn sg buloh ke damansara..sekengkang kera jer tp jammed die mengalah kan drive kete ke kuantan rasenya..huhu..time tue nyesal lak tak ikut NKVE..wlaupun jammed tp takde la pnjg berjela mcm ri tue..huhu..pepun jammed kt KL ni mmg tak leh nk jangka pun dr dulu smpai la skang ni..lagi best naik motor..kuar awl ke kuar lmbat ker perjlnan still 30 mint je nk ke opis..heheh..tak yah nk risau bersesak ngn kete n yg lagi best kepala lutut kte pn tak de la lenguh nak tekan clutch selalu..heheh..almaklum la kete manuall..:p

0 comments:
Post a Comment