
Sipnopsis : Kisah ini bermula apabila Opie (Elyana) mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah (Anita Baharom) menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley (Mohd Hafiz). Menurut kandungan surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran di UK. Perkara ini mengusarkan teman-teman rapatnya iaitu Opie, Madihah (Ann Ngasri), Suzanna (Almy Nadia), Adif (Pierre Andre) dan Tajol (Wan Elyas). Mereka berpakat untuk mengejar Anizah dan mengubah fikirannya. Pelbagai halangan terpaksa mereka harungi sepanjang perjalanan sehingga mereka sempat dimasukkan ke lokap. Berjayakah pencarian mereka? Mengapakah mereka dimasukkan ke dalam lokap? Dapatkah Anizah diselamatkan?

Comment : Semalam baru tgk citer ni kt TV3..syok tgk sekali lagi..Part yang tak leh dilupekan ialah :
- Lebuhraya - semasa di lebuhraya, kete dorang menjadi mangsa penyangak yg mecurahkan minyak di atas jalanraya..Sebenarnya tujuan penyangak tue ialah untuk menyumbat dadah dlm tayar kete budak2 tersebut tetapi salah seorang dari mereka si suzana tue telah mengetahui niat penyangak tue n memberitahu kawan2nya..igtkan dengan menyerbu penyangak tue boleh mendapatkan kete mereka balik tp dalam masa yang sama polis pun tetiba datang ke situ..dengan tak semena2nya, skali ngn dorang2x skali di angkut ke balai polis kerana disyaki bersubahat...
- Dalam Balai Polis - kelakar time si suzana tergelak2 apabila di beritahu bersubahat ngn penyangak yg mengelarkan diri mereka " kumpulan citrawarna"..siap die kate " xmacho langsung dengan nama tue"..hehe..si opie lak wat perkara tak senonoh dlm bilik kuarantin dimana die telah mengorek hidung n menjentik taik hidung tersebut hingga terpelanting tanpa menyedari yg die telah diperhati oleh 2 inspektor (ridzuan hashim ngn dynas) di bilik yg lain..siap cakap " muke baik tp xsenonohnya perangai..huh"..semasa di soal siasat, opie mereka2 cite sdih yg mak die dulu mmg pilih kasih coz adik die curah air ribena dalam aquarium n die lak yg disalahkan sbb hal tue..Adif ngn Tajol lak di penjara sama bilik ngn penyangak2 tue. dalam pada masa yg sama ttiba bayangan mak Tajol si ustazah tue ttba menasihatkan mereka supaya berbuat baik n hidup dalam " keberkatan ( ka ba alif ra alif ta alif nun ) " yang mnyebabkan penyangak2 tue insaf dn cube membebaskan geng dunia baru yg tak bersalah tue..
- Rumah hantu (seekers) - dorang berhenti di sebuah rumah kosong di mana ada satu program show hantu yg terkenal telah berlangsung di namakan " seekers "..Dalam pada masa yg sama si Fazley yg menculik Anita juga berada disitu n apabila calon yg dipilih tuk rancangan seekers tue perasan dengan kehadiran Fazley n mangsa culiknya, dengan xsemena2nya si calon tu pn kena culik sekali..hehe..
- Surau - Dorang berhenti berehat di situ n pada esoknya brang2 mereka sume hilang kecuali si suzana n adif coz si suzana tue memasukkan beg nya dalam baju n tdo melentang mengikt pesanan mak nya masa kecik2 dulu..hehe.. si adif lak mmg slalu bekepit ngn begnya so no wonder la yg beg die tak hilang..:p
- Kenduri kahwin - Dorang berhenti makan di kenduri kahwin sape2 ntah yg dorang xkenal ( pak uda ngn rozita chik )..dorg berlakon yg cam dorg dah lame kenal ngn pengantin tue..si opie lak kate yg dorg la band pada mjlis yg dihadiri oleh pengantin tue sblm ni..dengan xsemena2nya si opie tlh disuruh tuk menyanyi kt situ dan mengajak adif tuk join skali..yg kelakornya dorang nyanyi nasyid " sepohon kayu " dalam genre pop rock..hehe..best gak..

0 comments:
Post a Comment